Pengertian Aqiqah

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi.

Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." - Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah

Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.

Daripada Salman bin Amir al-Dhabley, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Untuk anak lelaki itu aqiqahnya. Tumpahkan atasnya darah dan hilangkanlah daripadanya kekotoran dan najis." - Riwayat Abu Daqud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.

Hukum Aqiqah

  • Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
  • Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
  • Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
  • Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.
  • Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. - Riwayat al-Turmuzi
  • Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. - Riwayat Abu Dawud

Penyertaan Program Qurban Aqiqah

Sebarang permohonan penyertaan, sila isikan borang tempahan yang disediakan secara online. Semua bayaran (kaedah bayaran dinyatakan dalam borang tempahan) hendaklah dibuat atas nama dan hantar kepada:

Urusetia Qurban & Aqiqah Perdana
AN NAHAR MANAGEMENT (001678382-K)
P.O. Box 74 Gombak
53800 Kuala Lumpur
Tel: 013-633 7022 Faks: 03-61851106
Akaun Penerima Bayaran
AN NAHAR MANAGEMENT
Maybank - 512400101357
Bank Islam - 12225010006978
  Harga Lembu & Kambing

Lembu : RM 290

Kambing : RM 580
Tempahan Penyertaan Ibadah Qurban
Tempahan Ibadah Qurban -
Kambing (RM580/Ekor)

Untuk tempahan klik di sini
Tempahan Ibadah Qurban -
Lembu (RM290/Bahagian)

Untuk tempahan klik di sini
Tempahan Ibadah Aqiqah -
Berbuka Puasa Ramadhan
Lembu (RM290/Bahagian)

Untuk tempahan klik di sini
Tempahan Ibadah Aqiqah -
Lembu (RM290/Bahagian)

Untuk tempahan klik di sini
Tempahan Ibadah Aqiqah -
Berbuka Puasa Ramadhan
Kambing (RM580/Ekor)

Untuk tempahan klik di sini
Tempahan Ibadah Aqiqah -
Kambing (RM580/Ekor)

Untuk tempahan klik di sini
     
Laman | Soal Jawab | Galeri | Hubungi    
© 2008 by aeyie.com