 |
 |
 |
| Qurban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban ... |
Aqiqah menurut bahasa ertinya "rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir." Demikian pendapat 'Ubaid, Ashmu'i dan Zamakhsyari ... |
Hukum Aqiqah
Imam Syafi'e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud ... |
| Seterusnya |
Seterusnya |
Seterusnya |
Program Mensyukuri Kurniaan Ilahi, Bangladesh & Kemboja 2009
Laporan Qurban Aqiqah Perdana (QAP) 1430H - Tahun Ke-3
Sukacita dimaklumkan bahawa sambutan dari seluruh Negara bagi menyertai program ibadah qurban dan aqiqah pada tahun ini amat menggalakkan.
Sebanyak 245 ekor ternakan qurban dan aqiqah dari keseluruhan 1,277 penyertaan telah selamat diterima dan dilaksanakan sempena Hari Raya Aidil Adha 1430H dan sepanjang tahun 1430H yang lalu.
Alhamdulillah, kesemua ternakan qurban dan aqiqah tersebut telah selamat di sempurnakan dan diagihkan kepada umat Islam di Negara-negara yang lebih memerlukan seperti di negara Bangladesh, Kemboja, Thailand dan Indonesia.
Disamping itu, sebanyak RM 31,235.00 telah berjaya di sumbangkan kepada Tabung Kemiskinan Harakah bagi menampung aktiviti membantu umat Islam yang memerlukan di Malaysia.
Pihak urusetia program Qurban Aqiqah Perdana yang bertanggungjawab menguruskan program tersebut merakamkan jutaan terima kasih atas kepercayaan para peserta bagi menyertai kami dalam program yang sangat mulia ini.
Semoga komitmen Dato'-Datin/Tuan-Puan akan berpanjangan pada tahun-tahun yang akan datang.
Sama-sama kita berdoa agar Allah s.w.t. menerima segala ibadah qurban dan aqiqah yang kita laksanakan dan menerima segala hajat yang kita pohon, amiin ya rabbal 'alamiiin.
"Ya Allah! Sesungguhnya ia (binatang sembelihan) ini dariMu, kami kembalikan kepadaMu, Maka terimalah ia dari kami, amin"
Urusetia Qurban & Aqiqah Perdana
AN NAHAR MANAGEMENT (001678382-K)
5, Jalan 65C, Off Jalan Pahang Barat
Pekeliling Business Centre
54300 Kuala Lumpur
Tel: 03-40253925 Faks: 03-40236768 |
Akaun Penerima Bayaran
An-Nahar Management
Maybank - 512400101357 Bank Islam - 12113010028846 |
|